Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

ASB loan 2016 #1

PENUHKAN SIJIL ASB 200K & SIJIL ASB2 200K DENGAN SIMPANAN BULANAN SERENDAH RM 550!
====================
.
.
Sebelum saya nak share cara di 👆, rasanya lebih molek saya terangkan 'kefahaman yang salah' terlebih dahulu di kalangan orang Melayu kita.
.
.
Kebanyakkan orang Melayu kita (bukannya semua) bila sebut pasal modal untuk berbisnes sinonim dengan personal loan atau bisnes loan.'Kefahaman yang salah' orang kita bila nak start buat bisnes wajib kena ada modal puluh-puluh ribu atau ratusan ribu dan wajib apply loan.Sebenarnya untuk menjalankan bisnes kita patut bermula dengan modal yang kita ada.Sekiranya ingin bermula tanpa modal bermulalah sebagai ejen dropship atau bermula dengan modal yang minimum sebagai ejen insurans,unit trust atau MLM untuk permulaan.
.
.
Pelaburan ASB pon terkena tempias gara-gara 'kefahaman yang salah' ini di kalangan orang kita.Ramai yang beranggapan untuk penuhkan Sijil ASB 200K perlukan komitmen bulanan yang tinggi iaitu RM1,100@RM1,200 sedangkan kita boleh rendahkan lagi komitmen bulanan ke paras RM550 sebulan (bahkan RM275 sebulan pon boleh untuk mereka yang budget bulanan untuk menyimpan sangat-sangat terhad) mengikut kemampuan masing-masing.
.
.
Tahun Pertama:
Apply Sijil  ASB 100K yang pertama dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun.Komitmen bulanan RM550.Komitmen tahunan RM6,600.

Tahun Kedua:
Apply Sijil ASB 100K yang kedua.Guna dividen Sijil ASB yang pertama  untuk selesaikan komitmen tahunan Sijil ASB yang kedua.Sijil ASB yang pertama bayar bulanan seperti biasa.

Tahun Ketiga:
Apply Sijil ASB2 100K yang pertama.Guna dividen Sijil ASB yang pertama dan kedua untuk selesaikan komitmen tahunan Sijil ASB yang kedua dan Sijil ASB2 yang pertama.Sijil ASB yang pertama maintain bayaran bulanan seperti biasa

Tahun Keempat:
Apply Sijil ASB2 100K yang kedua.Guna dividen Sijil ASB yang pertama serta kedua dan dividen Sijil ASB2 yang pertama untuk selesaikan komitmen tahunan Sijil ASB yang kedua dan Sijil ASB2 yang pertama serta kedua.Macam di 👆Sijil ASB yang pertama maintain bayaran bulanan seperti biasa.Complete 400K Sijil ASB & ASB2 😆
.
.
Moral of the story
*Sijil ASB yang pertama biarkan dividen compounding
*Sijil ASB yang kedua+Sijil ASB2 yang pertama dan kedua rolling dividen untuk selesaikan bayaran tahun seterusnya
.
.
Tunai di tangan selepas 4 tahun (Andaikan dividen ASB & ASB2 7.25% ) :

RM 62,064 #
.
.
Berbanding simpan RM550 setiap bulan dalam simpanan ASB Biasa:

RM 30,550 #
.
.
Perbezaan sebanyak RM 31,514# disebabkan kuasa VOLUME!
.
.
Lambatnya 4 tahun baru penuh Sijil ASB & Sijil ASB2....BETTER LATE THAN NEVER 👌😉