Langkah 1: Menganggarkan pendapatan keluarga
a) Ambil kira jumlah wang yang selalu diterima (tanpa mengira wang dividen, bonus dan kerja lebih masa)b) Pastikan bayaran wajib, seperti cukai, Perkeso ditolak terlebih dahulu.
c) Pastikan jumlah bayaran tetap, seperti cukai pendapatan, KWSP dibuat melalui potongan gaji.
d) Anggarkan jumlah yang minimum.
Langkah 2: Menentukan kategori perbelanjaan
a) Perbelanjaan tetap (sewa rumah, ansuran kereta, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi);b) Perbelanjaan berubah (makanan, pakaian, petrol, utiliti).
Langkah 3: Buat anggaran perbelanjaan sebulan
a) Anggaran perbelanjaan boleh dibuat berpandukan kepada corak perbelanjaan bulan sebelum ini.b) Pastikan anggaran tidak melebihi jumlah pendapatan yang diterima.
Langkah 4: Merekodkan perbelanjaan
a) Rancang pembelian supaya anda tidak perlu terlalu kerap ke kedai.b) Sediakan senarai semak dan pastikan anda beli apa yang dicatatkan dalam senarai.
c) Beli barangan mengikut keperluan bukan kehendak.
d) Simpan resit pembelian supaya dapat diteliti ke mana wang dibelanjakan.
Langkah 5: Menilai semula, buat penyesuaian
a) Semak rekod perbelanjaan pada akhir setiap bulan dan bandingkan dengan jumlah yang diperuntukkan untuk kategori tertentu.b) Teliti semua cara anda berbelanja, kesesuaian peruntukan yang dibuat dan buat penyesuaian yang diperlukan.
c) Jika perbelanjaan melebihi peruntukan, teliti semula peruntukan atau cara anda berbelanja.
Sumber: Artikel oleh Prof Madya Dr Mohammad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)