Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

Simpan ASB cara biasa hasil pun biasa saja

KENAPA PERLU BERHUTANG UNTUK MELABUR DI ASB
Ramai yang PM saya tanya soalan, "Apa beza ASB Financing dengan simpan ASB macam biasa? Kenapa perlu berhutang untuk melabur di ASB?". Disebabkan ramai yang bertanya, maksudnya memang ramai yang tak tahu dan ramai juga sebenarnya yang mahu tahu.
Orang buat ASB Financing, kita pun nak buat. Ikut tanpa ada matlamat dan tak faham pun macam mana ASB Financing boleh bagi keuntungan yang lebih besar berbanding simpanan ASB biasa. Janganlah begitu.
Nak melabur dalam mana-mana instrument pelaburan sekalipun, kena faham potensinya, risikonya dan teknik-tekniknya. Jadi, saya nak kongsikan pengiraan asas untuk membuktikannya.


SIMPANAN ASB BIASA. HASIL PUN BIASA-BIASA.
Anda mampu menyimpan RM1100 sebulan. Jadi, setiap bulan, anda menyimpan RM1100 di dalam akaun ASB anda selama 3 tahun @7.25% dividen.
➡ Please Use Compound Interest Calculator.
Monthly Deposit: 1100
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7.25
Compounding: Annually
Total Principal: 39,600
Maturity Value: 44,193.12
Jadi, hasil yang anda peroleh termasuk dividen terkumpul adalah RM44,193.12 setelah 3 tahun. Dan jika anda simpan sendiri di dalam tabung di rumah, anda akan peroleh RM39,600 (Rujuk Total Principal).

ASB FINANCING. JOM KENALI POTENSI LUAR BIASANYA
Anda mampu menyimpan RM1100 sebulan. Jadi, mohon ASB Financing maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Setiap bulan, anda perlu membayar ansuran sebanyak RM1098 (Lebih kurang RM1100). Kita ambil contoh kadar keuntungan bank adalah @5.2% dan dividen ASB adalah @7.25%. Bayar dengan cermat selama 3 tahun dan kemudian terminate.
➡ Please Use Loan Calculator.
Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 5.2% per year
Loan Term: 30 Years
Monthly Payment: 1098.22
Amortization Schedule: 190,999.75 @36th month.
➡ Please Use Compound Interest Calculator.
Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7.25
Compounding: Annually
Interest Amount: 46,729.97
Maturity Value: 246,729.97
RM246,729.97 - RM190,999.75 = RM55,730.22
Jadi, hasil yang anda peroleh termasuk dividen dan prinsipal terkumpul adalah RM55,730.22 setelah 3 tahun!! Banyak tuuu. Boleh dibuat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli pulak.

KITA BANDINGKAN
Jika anda mampu menyimpan RM1100 sebulan selama 3 tahun, anda mahu menyimpan dalam tabung di rumah, simpanan biasa di ASB atau menggunakan ASB Financing untuk memaksimumkan keuntungan? Jom kita bandingkan.
☑ Simpan di rumah:
RM1100 x 12 x 3 = RM39,600 (Modal)
☑ Simpan biasa ASB:
RM44,193 - RM39,600 = RM4,593 (Net Profit)
☑ ASB Financing:
RM55,730 - RM39,600 = RM16,130 (Net Profit)
Mahu untung RM16,130 atau RM4,593 selepas 3 tahun dengan modal RM39,600? Pilihlah sendiri. Matematik tidak menipu. Saya sudah buktikan dengan pengiraan.

BERHUTANG UNTUK MELABUR?
Disebabkan saya berkata tentang ASB Financing, kita perlu ubah istilah, bank tidak memberi hutang RM200,000 kepada saya tapi mereka membiaya RM200,000 untuk saya melabur dalam ASB.
Saya tak ada tunai RM200,000 sekarang. Jadi saya gunakan duit bank untuk melabur selama 3 tahun dan dapat tunai terkumpul sebanyak RM55,730 ☑. Bijak kan? Kalau tak, saya hanya dapat RM44,193 sahaja. Okay, boleh faham?
Ini adalah pengiraan asas. Belum lagi masuk teknik-teknik manipulasi yang lain, pairing dengan kereta, pairing dengan hartanah, pairing dengan pembiayaan peribadi dan lain-lain. Saya akan kongsikan dalam posting yang lain insyaAllah.
RM1100 sebulan adalah komitmen yang besar? Aishhh. Ikutlah kemampuan masing-masing. Kalau mampu RM550 sebulan, buat RM100,000 pun boleh. Tapi yang peliknya, bayar kereta RM1000 sebulan relax dan steady je. Belum campur kos-kos lain yang datang pakej bersama kereta tu. :)
Akhir kata, saya hanya berkongsi potensi ASB Financing sahaja. Boleh abaikan posting ini jika anda tak berkenan. Orang yang berwawasan, dia akan LIKE, COMMENT, SHARE dan ambil tindakan selanjutnya. Haha, Okaylah, takda paksaanlah. SHARE jika bermanfaat.

www.JefferyAbatMaramat.com
‪#‎WealthConsultant

WhatsApp : 011-1262-1024
Email : pa@jefferyabatmaramat.com