CCRIS memberikan maklumat berkenaan hutang-hutang peribadi kita, yakni hutang atas nama peribadi kita.
Contoh-contoh hutang peribadi:
Contoh-contoh hutang bisnes:
- Kad kredit
- Pinjaman ASB
- Personal loan
- Pinjaman kereta
- Pinjaman perumahan
CTOS memberi maklumat berkenaan hutang-hutang kita yang berkaitan dengan urusan bisnes.CTOS adalah senarai hitam orang-orang bisnes!
Contoh-contoh hutang bisnes:
- Hutang atas nama bisnes yang kita miliki. Contohnya, kita mempunyai kedai runcit. Kedai runcit kita berhutang dengan pembekal.
- Hutang yang dibuat oleh syarikat yang kita miliki, dan kita yang menjalankan bisnes syarikat itu.
- Kita menjadi penjamin hutang bank orang lain. Sebagai contoh, suami kita meminjam duit bank dan kita menjadi penjamin hutangnya.
- Penjamin hutang bank yang diberikan kepada syarikat di mana kita adalah penjamin hutang syarikat itu.
- Kita menjadi pelanggan kepada syarikat, dan kita gagal membayar bill hutang kepada syarikat itu, sebagai contoh kita gagal membayar bill telefon, kabel TV dll servis.
- SSM tidak akan meluluskan permohonan kita mahu memasukkan nama kita dalam pendaftaran syarikat baru, baik 'enterprise', PLT mahupun sdn bhd.
- Bank-bank tidak akan meluluskan permohonan kita membuka akaun.
- Bank-bank dan syarikat finance tidak akan meluluskan permohonan untuk semua jenis loan.