Konsep yang sama kita boleh gunakan dalam pelaburan... ramai yang kata pulangan setahun sekali amat lambat.. dan pulangan hanya sekitar purata 3%~15% setahun terlalu sedikit... kalau bijak pon boleh dapat 30%~40% setahun sahaja... sebab itu mereka lebih tertarik dengan skim2 yang menjanjikan pulangan 100% dalam masa kurang 4 bulan...
Sebenarnya saya tak nak kupas bab ini disebabkan saya bukan mahir dalam mengenal skim2 ponzi(skim cepat kayap)... malangnya bilangan scammer terus meningkat... bilangan mangsa pon turut meningkat... orang sekeliling saya sudah ramai yang mula bertanya dan berjinak2... dan yang menariknya mereka memberikan wang hasil titik peluh mereka kepada orang lain hanya dengan jaminan kepercayaan sahaja...
Sebab itu saya selalu berpesan kepada semua, 2 sifat yang kita perlu ada ialah bijak dan jujur... jika tiada salah 1, anda akan menjadi pemangsa atau pon mangsa...
Pemangsa = bijak tetapi tak jujur...
Mangsa= jujur tetpi tidak bijak...
Berbalik pada skim2 yang terhebat ini.. antara 7 ciri yang kita boleh lihat...
- Jaminan 100% modal dan tiada risiko untuk rugi...
- Menjanjikan pulangan sangat tinggi dan pulangan tetap dalam sesuatu tempoh masa...
- Mendapat komisyen jika memperkenal atau mengajak rakan2 turut bersama...
- Tidak melakukan peniagaan sebenar hanya mengumpul dana dari yuran ahli/pelaburan ahli...
- Tiada kuasa/autoriti untuk mengambil/mengumpul wang dari orang awam..
- Syarikat tiada kawalan selia dari bank negara/suruhanjaya sekuriti malaysia...
- Syarikat baru ditubuhkan, kurang dari 5 tahun..
Harap kita semua HATI-HATI... trending sekarang adalah skim forex(bukan forex trading)... melaburlah dengan ilmu... bukan atas dasar nafsu,rasa dan percaya... biar lambat asal selamat...
~Az Har~