Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

Fahami Kaedah ASB Financing | Amanah Saham Bumiputera

Jarang orang yang mula bekerja beli Rumah seawal 3 tahun pertama mereka memulakan kerjaya . Tiga tahun pertama inilah yang Bakal jadi indicator menentukan dimana mereka selepas itu samada mereka berada dilandasan yang betul atau tidak. Kenapa saya lebih menggalakkan mereka buat Amanah Saham Bumiputera Financing .

Fahami Kaedah ASB Financing | Amanah Saham Bumiputera


1. Membiasakan diri dengan komitmen

2. Bila Ada komitmen mereka lebih fokus dan tidak berani buat loan yang negative pada peringkat awal seperti pinjaman Kereta dan pinjaman peribadi .

3. Mampu membina simpanan yang Besar dalam waktu yang singkat .

4. Mempunyai deposit untuk membeli rumah.

5.menerapkan disiplin dalam simpanan .

6.mereka tidak Akan terkejut bila mempunyai komitmen yang lebih Besar akan datang seperti rumah.

7.mengelakkan mereka bergiat dan terpengaruh dengan skim-skim cepat kaya & mengarut . Melalui ASB Financing ini juga mereka dapat belajar bersabar dalam menyimpan dan melabur.

8.memudahkan bank melepaskan pembiayaan Akan datang kerana bank suka dengan character mereka yang menyimpan. (Tunjukkan buku simpanan Amanah Saham Bumiputera).

9.membuka peluang melabur dengan instrument pelaburan yang lebih baik akan datang dengan adanya capital tunai.

10.mempunyai matlamat yang jelas.

Boleh saya bertanya , siapa yang berjaya beli rumah dalam tempoh kurang tiga tahun mula bekerja ? Itu tidak Mustahil . Sekarang saya nak Tanya berapa ramai yang sudah bekerja lebih Dari 3 tahun masih belum membeli rumah ? Cuba tanya diri sendiri , apakah puncanya? Setiap orang berbeza keadaannya. Mereka mahu Tapi mungkin belum mampu .

Namun, Amanah Saham Bumiputera Financing Semua orang mampu buat, Dari sini akan boleh melorongkan dan memudahkan anda untuk memiliki rumah kelak. Amanah Saham Bumiputera Financing bukan menggalakkan anda jadi penghutang, tetapi membina karektor dalam simpanan.

credit to -KEY-