Aku baru tolong kawan aku jimat lebih kurang RM433. Dia selama ini langsung tak sedar. Rugi sangat katanya.
Dia pelik kenapa gaji aku lebih kurang sama dengan dia tapi aku ada simpanan wang, tabung kecemasan, tabung kahwin tanpa perlu pembiayaan peribadi, pelaburan hartanah serta kepelbagaian instrumen pelaburan yang lain.
Selepas aku tengok cara hidup dia, aku boleh andaikan dia telah melakukan kebocoran wang tanpa dia sedar.
Nak jimat? Ini caranya;
1. Kos Petrol
Kalau setakat naik Myvi takpun Saga pakai RON95 dah la. RON95 berharga RM1.70, manakala RON97 berharga RM2.05. Beza RM0.35 sen seliter. Jika sebulan kau orang isi 80 Liter. 0.35 sen X 80 Liter. Beza RM28.
Kalau setakat naik Myvi takpun Saga pakai RON95 dah la. RON95 berharga RM1.70, manakala RON97 berharga RM2.05. Beza RM0.35 sen seliter. Jika sebulan kau orang isi 80 Liter. 0.35 sen X 80 Liter. Beza RM28.
Solusi: Pakai saja minyak petrol RON95. Setakat nak pergi kerja balik kerja.
Boleh jimat= RM28
Boleh jimat= RM28
2. Sarapan
Contohnya bulan Mei. Jumlah hari kerja ialah 21 hari. Belanja sarapan RM10. RM10 X 21 hari = RM210.
Contohnya bulan Mei. Jumlah hari kerja ialah 21 hari. Belanja sarapan RM10. RM10 X 21 hari = RM210.
Solusi: Sarapan sekadar alas perut saja. Tak perlu makan di kedai pun. Beli roti atau biskut, cicah dengan air neskepe 3 in 1 pun sedap. Jangan sesekali skip sarapan ye ye.
Dapat jimat minyak kereta lagi. Masa makan tengahari nanti kau orang bantai la cukup-cukup makan nasi tu. Ini tidak, sarapan pun kau orang bantai, makan tengah hari pun kau orang bantai habis-habisan.
Boleh jimat = RM210
Boleh jimat = RM210
3. Lepak Kedai Mamak
Setiap malam minggu bila keluar je mesti lepak kedai mamak. Katakan makan kat situ RM20 X 4 kali sebulan = RM80.
Setiap malam minggu bila keluar je mesti lepak kedai mamak. Katakan makan kat situ RM20 X 4 kali sebulan = RM80.
Solusi: Makan siap-siap dekat rumah. Tak perlu makan kat kedai mamak. Minum teh tarik je.
Boleh jimat = RM80
Boleh jimat = RM80
4. Kopi Hipster
Suka lepak kedai kopi hipster bila dah dapat gaji. Katakan RM15 ringgit segelas.
Suka lepak kedai kopi hipster bila dah dapat gaji. Katakan RM15 ringgit segelas.
Solusi: Tunggu promosi beli 2 percuma 1. Tak perlu beli tiap bulan.
Boleh jimat = RM15
Boleh jimat = RM15
5. Siaran Berbayar
Pergi kerja balik kerja. Layan televisyen masa cuti je. Pastu siaran pulak dok ulang yang sama je. Perlu ke bayar dalam RM100 gitu?
Pergi kerja balik kerja. Layan televisyen masa cuti je. Pastu siaran pulak dok ulang yang sama je. Perlu ke bayar dalam RM100 gitu?
Solusi: Potong saja siaran berbayar jika dah ada Internet di rumah.
Boleh jimat = RM100
Boleh jimat = RM100
***
Sebulan paling kurang boleh jimat RM433. Jika setahun? Hasil duit berjimat tu boleh la melabur dalam ASB Financing RM50K dengan ansuran bulanan dalam RM285. Takpun buat 100K terus. Bulanan dalam RM575 gitu. Ataupun simpan dekat Tabung Haji. Masa depan dah ada simpanan.
Peh... kalau kau orang cutting bajet mungkin dapat jimat lagi. Kebocoran wang nampak sikit tapi bila dikumpulkan jadi banyak juga.
Yang merokok, hisap vape lagi la mampu jimat banyak kalau berusaha berubah dan berhenti merokok. Cuba lah. Takkan kau orang nak mati tanpa langsung berusaha mahu berhenti merokok.
Kita semua ada pilihan. Tengok kewangan sendiri. Jangan kata mustahil. Dapat jimat RM20 ringgit sebulan pun dah berbaloi.
Ada orang masak, bawa bekal sendiri makan masa pagi dan tengahari. Lagi jimat dan berapa banyak dia dapat simpan? Cicipan pun cicah biskut dekat rumah je. Kau orang tahu apa itu Cicipan? Kelakar gila nama Cicipan ni..kakakaka.
Berulang kali kau sakiti..eh silap, berulang kali aku ingatkan, dia bukan soal berapa banyak kau punya pendapatan, tapi berapa banyak kau mampu simpan dengan pendapatan kau orang tu.
Kalau duk sorang , kau orang mampu bejimat ataupun boros berbelanja. Pilihan terletak di tangan kau orang. Kita tak akan sedar apa yang kita buat sebab dah menjadi tabiat dan rutin bulanan. Dan juga terlalu nak menangkan kehendak. Nak "Reward yourself" boleh. Tapi berpada-padalah.
Kawan aku mampu jimat 400++ lebih sebulan bila dia buat semak balik perbelanjaan dia. Kau orang ada tersedar dan dapat jimat banyak tak bila semak balik perbelanjaan kau orang? Cerita pengalaman kau orang.
Sudah kau orang semak perbelanjaan kau orang? Jika belum tentunya banyak kebocoran wang yang berlaku kan. Baik menyesal sekarang sebelum menyesal di hari tua. Kah!
Share jika manfaat.
Terima kasih.[ASY]