Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

You Will Thank Us - One Tip About Covered Takaful Tempoh Pendek untuk Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB Loan) You Need to Know


Dahulu bank menetapkan wajib mengambil tempoh takaful selari dengan tempoh pembiayaan. Sekarang bank lebih bersifat fleksibe dengan memberi option kepada client untuk memilih tempoh takaful mengikut objektif pelaburan masing-masing.

Tetapi adakah anda tau yang takaful tempoh pendek bukan cover seluruh baki loan anda.

Maksudnya kalau anda  buat ASBf 200k dengan takaful 5 tahun sahaja, dan ditakdirkan korang meninggal pada tahun ke3 pembiayaan, waris anda bukan dapat full 200k pun.

Contoh
• ASBf 200k
• Takaful 5 tahun
• Nilai takaful rm1034
• Ditakdirkan meninggal pada tahun ke-3.
• Tengok Baki Principal tahun ke-3

[[ rm191,673 ]]

• Tengok Sum Covered tahun ke-3

[[ rm91,123 ]]


Maka,
* Masa ni baki loan korang rm191,673.
*Takaful akan cover baki loan korang sebanyak rm91,123 sahaja‼️


Baki Loan Baru
191,673 - 91,123 = rm100,550✔️

Baki Principal
200k - 100,550 = rm99,450✔️


* Jadi waris hanya akan dapat rm99,450 sahaja. Bukan 200k. Faham?

Ramai yang salah faham tentang ni dengan beranggapan waris akan tetap dapat 200k walaupun ambil tempoh takaful pendek.


Kebiasaannya short term player asbf yg mau dalam protection,

Jika plan terminate 3 tahun, ambil lah takaful 4-7 tahun

Jika plan terminate 5 tahun, ambil lah takaful 6-10 tahun.

Benda ni depend pada gameplan masing-masing. Xde jawapan yang tepat. Hanya korang saje yg faham situasi sebenar masing-masing.

- Apih -