Had umur siling yg di set oleh cimb/cimb islamic utk ikat pembiayaan asb financing ialah pada umur 65. Mari main kira - kira:
CONTOH
(1) jika individu diatas berumur 34 Tahun, maka cara kiraan untuk ketahui had kelayakan ikat pembiayaan bertempoh sebanyak berapa tahun seperi berikut:-
= Had umur siling - Umur sekarang
= 65 Tahun - 34 Tahun
= 31 tahun
" Jika jawapan melebihi 30, maka dia layak utk ikat 30 tahun"
(2) Manakal jika individu diatas berumur 40 Tahun, maka cara kiraan untuk ketahui had kelayakan ikat pembiayaan bertempoh sebanyak berapa tahun seperi dibawah:-
= Had umur siling - Umur sekarang
= 65 Tahun - 40 Tahun
= 25
" maka dia hanya boleh ikat maximum 25 tahun sahaja"
KESIMPULAN
Jadi bagi yang bekerja, korang dah dapat agak2 berapa nilai financing yang bank akan luluskan..
Dan dari situ korang dah boleh congak2 berapa monthly komitmen dengan bank, berapa pulangan dividen berdasarkan prinsipal pinjaman tersebut..
Korang dah bole start berdoa agar dividen yg diumumkan dapat berapa setiap tahun, dan paling penting korang dah tahu, berapa untung yang korang..
Korang juga dah boleh start congak-congak, dan set timing bila nak terminate and masuk dalam property pula selepas dah berjaya bina simpanan untuk digunakan bagi setel deposit & legal fees property area nanti..
Aku tak kata setiap orang kena follow step ni..
Kalau korang nak advance lagi, boleh rujuk gaji korang sendiri, update epf statement, check balance Akaun 2 EPF/KWSP korang.. agak2 rasa cukup tak nak buat modal property tu nanti..
Manfaatkan tools ASB Financing selagi boleh..
Sekarang, korang compare jika tak paksa diri buat simpanan cara ASB Financing, dan masih dengan stigma simpan cara biasa waima korang dah ada game plan yang jelas tersuluh..
Fikir-fikirkan. Kaji. Study. Tuntut. Dont Take For Granted...
"Great talent finds happiness in execution."
- Johann Wolfgang von Goethe
RK