Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

Welcome to a New Look Pension with 8 hundred THOUSAND

Kita terlalu mengharap bonus tahunan daripada majikan untuk bayar road tax, bonus raya untuk belanja raya dan main kutu untuk melancong. Kalau ditakdirkan majikan tak bagi bonus tu, kita jadi tak keruan. Sebab kita tak sediakan back up plan.

amanah saham bumiputera


Kan lagi best kalau kita jadi bijak sedikit dan tentukan berapa bonus yang kita nak setiap tahun. Pasti kita tak berharap lagi kepada bonus dari majikan yang entah ada, entah takda. Sebagai contoh kita mahukan duit lebihan tahunan RM5,000 untuk perkara berikut;

Road tax: RM1,000
Belanja raya: RM2,000
Melancong: RM2,000
Yang lagi best, siap boleh dapat duit pencen RM800,000 nanti. Modal yang diperlukan adalah sekitar RM52,800. Bagaimana caranya?

MOHON ASB FINANCING RM800,000
➖➖➖➖➖➖
Suami - ASBF RM200,000 dan ASBF2 RM200,000
Isteri - ASBF RM200,000 dan ASBF2 RM200,000
Jumlah Pembiayaan: RM800,000
Keuntungan Bank: 5.2%
Tempoh Pembiayaan: 30 tahun
Dividen Tahunan: 7.25%
Ansuran Bulanan RM200,000: RM1,100 @ RM13,200 Setahun
Ansuran Bulanan RM800,000: RM4,400 @ RM52,800 Setahun
Gunakan modal RM52,800 tadi untuk membayar setahun bayaran ansuran bulanan secara lumpsum. Katakan dividen ASB adalah 7.25%. Pada akhir tahun, kita terima dividen sebanyak RM800,000 x 7.25% = RM58,000.
Gunakan semula RM52,800 daripada dividen yang diterima untuk bayar ansuran setahun untuk tahun berikutnya. Dividen yang masih berbaki adalah RM58,000 - RM52,800 = RM5,200. Anda boleh gunakan baki tersebut untuk bayaran road tax, belanja raya dan melancong pada tahun tu.
Langkah seterusnya? Pilihlah nak ikut Plan A atau Plan B. :)

PLAN A: PENCEN DENGAN RM800,000.
➖➖➖➖➖➖
Ulang langkah yang sama selama 30 tahun dan anda boleh menikmati lebihan RM5,200 setiap tahun sepanjang tempoh tersebut. Best kan? Modal sekali, untung berkali-kali.
Akhirnya pada tahun ke 30, tempoh pembiayaan anda telah tamat dan anda mendapat keseluruhan tunai bernilai RM800,000 untuk dana pencen anda.

PLAN B: DAPATKAN TUNAI RM68,600 SETIAP 5 TAHUN.
➖➖➖➖➖➖
Ulang langkah yang sama selama 5 tahun. Baki dividen RM5,200 boleh dinikmati setiap tahun, sama macam Plan A. Dividen tahun kelima adalah RM800,000 x 7.25% = RM58,000.
Jual semula Sijil RM800,000 tersebut selepas 5 tahun. Baki pembiayaan pada waktu ini adalah RM736,600.
Prinsipal Terkumpul: RM800,000 - RM736,600 = RM63,400
Tunai Keseluruhan: RM58,000 + RM63,400 = RM121,400
Keuntungan Bersih: RM121,400 - RM52,800 = RM68,600
Ulang langkah yang sama setiap 5 tahun. Mohon ASB Financing RM800,000 kemudian jual. Mohon ASB Financing RM800,000 kemudian jual lagi selepas 5 tahun. Dan anda akan dapat keuntungan RM68,600 setiap 5 tahun sekali tanpa mengusik modal asal RM52,800.

DAPAT RM68,600 SETIAP 5 TAHUN. NAK BUAT APA?
➖➖➖➖➖➖
1. Beli kereta secara tunai.
2. Modal beli rumah RM400,000.
3. Beli rumah lelong secara tunai.
4. Berzakat.
5. Bersedekah.
6. Ubahsuai rumah.
7. Beli emas.
8. Isilah sendiri.

Pelaburan dengan ASB adalah berisiko rendah dengan pulangan yang agak menarik. Sangat sesuai untuk anda yang mahukan pelaburan short term dan sambil goyang kaki. Jom jadi genius.
SHARE jika bermanfaat. - HF

Penafian:
1. Semua kiraan adalah secara kasar untuk memudahkan kefahaman.
2. Andaian dividen ASB dan ASB2 adalah 7.25% sepanjang pembiayaan.
3. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.2% sepanjang pembiayaan.
4. Andaian Sijil ASB tidak diambil bersama takaful.
5. Mungkin ada bahagian yang tak sesuai dengan anda, tapi janganlah tinggalkan semuanya.

Sesuaikan dengan situasi masing-masing.