Antara kerisauan pada pelabur ASB melalui financing ialah
- Masuk komitmen atau tidak
Semua pinjaman akan masuk dan appear dalam report CCRIS. Biasa kita dengar ada banker yang cakap "ASB ni income, tidak ganggu CCRIS". Penerangan itu adalah tidak benar, ianya akan masuk tetapi, untuk mendapat kelulusan pinjaman lain seperti perumahan, pendapatan dari ASB dan surat tawaran hendaklah dilampirkan untuk membuktikan komitmen tersebut adalah colateral bawah kod 23 (ASB) barulah pihak bank boleh buat mitigation keatas income yang diperoleh. Memang bank yang proses ASBF akan buat. Melainkan pemohon tidak lampirkan atau officer terlepas pandang.
Kalau masuk dalam CCRIS, instalment bulanannya akan dikira 100% dalam kiraan komitmen / DSR. Namun selepas setahun, pendapatan 7%(berbeza ikot bank) akan dipuratakan selama 12 bulan untuk kiraan pendapatan bulanan. Secara realitinya ini akan memperbaiki kiraan DSR tersebut. Namun jangan lupa, DSR bukan dikira dari ASB sahaja, semua instalment dari pinjaman Fi( Financial instituition) dikira termasuk kereta, pinjaman peribadi, kredit kad, hutang AEON credit. Terbaru PTPTN. Jadi perhatikan pemberat ini secara menyeluruh dan bukan sekadar ASB sahaja. Default payment juga penyumbang kepada pinjaman ditolak.
- Kenaikan BR dan penurunan Dividen. Kalau rumah, anda perlu mencari buyer untuk liquidkan value rumah tersebut namun ASB financing liquid, kalau betul ini berlaku, boleh buat termination dan pembatalan sijil sahaja dimana mana cawangan.
- Penalti - hanya pinjaman konvensional ASB yang dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum tempoh lock period. Islamic tiada apa-apa penalty cuma kalau pembatalan terlalu awal, shortfall takaful akan berlaku. Jadi pilihlah tempoh takaful pinjaman mengikut tempoh perancangan kewangan anda.
Jadi kesemua persoalan dan faktor diatas adalah dibawah kawalan sendiri. Jadi fahami dan susunlah perjalanan kewangan supaya tidak tersontot ditengah jalan. Apa yang saya kongsi adalah mojoriti perkara yang pernah saya lalui sendiri dan sebahgian lain adalah konsep dalam pembiayaan sendiri. Tujuan sekadar untuk orang ramai tahu konsep dan situasi sebenar supaya anda lebih cekap dimasa akan datang.
Kredit: fb hafiz hazmi