Tidak tahu mahu bermula di mana.
Tidak tahu ruang masa bertindak.
Tidak tahu berapa yang mahu dikumpul.
Tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan.
Tidak tahu berapa yang mahu dikumpul.
Tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan.
Akhirnya, azam hanya tinggal azam, sedar tinggal sedar, tahu tinggal tahu.
Bersedia untuk fokuskan tenaga dan masa dalam tiga hingga lima tahun ini. Ini tempoh yang penting tentang masa depan kita. Masa adalah sangat, sangat, sangat singkat. Katakan pada diri sendiri:
”Saya perlu berubah. Berubah mengundang peluang. Berubah cepat, mengundang peluang yang cepat.”
Langkah Pertama !
#1 – Tahu Di Mana Mahu Bermula
Ambil sehelai kertas kosong. Senaraikan semua harta yang ada. Mula-mula, tulis di atas kertas, semua simpanan tunai yang ada. Kemudian tuliskan semua harta yang ada, berapa nilai rumah, berapa nilai ekar tanah, berapa nilai emas, berapa nilai saham, berapa nilai perniagaan yang diusahakan sekarang. Semakin banyak, semakin bagus. Jika tidak ada, tidak mengapa. Jumlahkan, dan tuliskannya besar-besar. Jika mahu, tuliskan semua hutang dan tanggungan pula! Ya jumlahnya tuliskan besar-besar. Baik, letak jari telunjuk di dahi, sambil melihat angka yang besar tadi berkatalah pada diri sendiri, ”Di sini aku bermula!”
#2 – Tahu Ruang Masa Tindakan
Sekali lagi, ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan umur kita mahu bebas kewangan. Jangan tulis pada umur 58 tahun. Itu umur pencen, sekian. Tolakkan dengan umur kamu sekarang. Jawapannya tulis besar-besar. Contoh; 45 (umur mahu bebas kewangan) – 35 (umur sekarang) = 10 tahun.
Sekali lagi letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil melihat angka yang besar itu, ”Inilah masa untuk bertindak!”
#3 – Berapa Jumlah yang Mahu Dikumpul
Ambil sehelai kertas lagi. Tuliskan perkara ini. Katakanlah, kita akan hidup sihat sehingga 70 tahun. Katakanlah juga, dengan gaya hidup sederhana mewah, kos hidup anda ialah RM90,000 setahun. Umur persaraan kita adalah 70 – 45 (umur bebas kewangan tadi) ialah 30 tahun. Maka tuliskan kos hidup setahun tadi, darab dengan 30 tahun iaitu (RM90,000 X 30) = RM2,700,000. Tuliskan angka jawapan itu besar-besar. Ini adalah contoh, sesuaikan dengan jangkaan kos hidup masing-masing. Buat kali terakhir letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil menyebut angka jawapan tadi,
“Aku perlu kumpulkan RM2.7 juta untuk bebas kewangan!”
#4 – Tahu Tindakan Pertama yang Perlu Dilakukan
Maka sekarang sudah jelas tanpa perlu bersuluh:
Saya ada bekal RM1200 sahaja simpanan tunai.
Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak.
Saya perlu mengumpul RM 2.7 juta.
Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak.
Saya perlu mengumpul RM 2.7 juta.
Maka, mengapa tunggu esok untuk bermula? Kita tidak ada banyak masa lagi. Berhenti buang masa. Berhenti mengeluh. Jika orang lain boleh lakukannya, mengapa tidak kita? Mari mula berniaga. Mari cari peluang. Bebas kewangan seperti larian olahraga. Garis mula sudah sangat jelas. Baiklah, tembak mula akan berbunyi, mari lari laju. Lebih laju lebih bagus. Jumpa lagi nanti.
C/p : Nak Bisnes