Syarat-Syarat Bagi Ahli Untuk Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan
Ahli layak sekiranya.
- Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja; DAN
- Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama Pelajar atau ibu/ bapa pelajar atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian (sekiranya perjanjian atas nama ibu atau bapa, ahli (ibu atau bapa mestilah merupakan peminjam tersebut.); DAN
Nota: Pelajar merujuk kepada ahli atau anak ahli (ahli tidak semestinya pelajar) - Ahli / anak ahli mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN
- Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini.
Cara Membayar Baki Pinjaman PTPTN Menggunakan EPF Akaun 2.
- Semak jumlah Akaun 2 anda dengan cara online atau cetak penyata di kiosk epf berhampiran
- Pergi ke kaunter PTPTN dengan membawa "Surat Akur Janji" & semak baki pinjaman semasa (boleh reprint charge RM90 kalau hilang)
- Berdasarkan jumlah epf akaun 2 anda, pilih sama ada hendak buat penyelesaian penuh atau sebahagian dahulu
- Pegawai PTPTN akan buat satu surat kepada KWSP
- Dalam masa 14 hari bekerja pihak PTPTN akan menghubungi anda untuk mengambil surat itu
- Bawa surat itu ke KWSP bersama satu(1) salinan "Surat Akur Janji" & satu(1) salinan sijil diploma/ijazah anda (Ingat bawa yang original juga)
- Dalam seminggu anda akan dimaklumkan melalui surat / email / sms memberitahu permohonan anda berjaya
*** Sila betulkan kalau ada kesilapan atau pembaharuan prosedur