Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

Anak Muda Dan Muflis

Apa Itu Muflis?

Status sah yang boleh dikenakan oleh satu perintah mahkamah pada seseorang yang tidak boleh membayar balik hutang melebihi RM30,000.

Semakin tahun, jumlah anak muda diisytiharkan muflis semakin meningkat.
Paling ramai golongan yang diisytiharkan muflis adalah terdiri daripada anak muda yang berumur di antara 35-44 tahun.

Kenapa? Sebab masa umur 23-25 tahun baru dapat kerja duk buat hutang. Duk buat liabiliti.

Antaranya;
Tak belajar ilmu pengurusan kewangan, beli kehendak, beli barang berjenama, pergi travel setiap bulan, bangga sangat dengan pujian, kahwin guna pembiayaan peribadi dan sebagainya.

Dah masuk umur 35 tahun, komitmen makin banyak. Hutang dah keliling pinggang.

Faktor bankrap pada tahun 2005-2012 ialah beban hutang kereta. Jelas menunjukkan anak muda jadikan kereta sebagai kehendak terbesar.

Sekarang faktor bankrap adalah kad kredit. Jika kau orang pandai kawal nafsu berbelanja, boleh buat kad kredit. Jangan jadi hamba kad kredit. Anggaplah kad kredit sebagai wang. Bukan kad plastik yang kau boleh berhutang sesuka hati.

Kira-kira 53 rakyat Malaysia bankrap setiap hari. Adakah ANDA orang bakal termasuk dalam angka tersebut?

Berubah lah anak muda, kereta mahal semakin tahun semakin susut harganya. Kereta murah tak apa, janji sampai tempat dituju. Janganlah beli kereta sampai nak beli rumah pun terpaksa tunggu lagi 9 tahun. Kena tunggu habis hutang kereta dahulu.

Naik gaji, pendapatan makin meningkat gaya hidup pun nak ubah. Kalau dulu boleh makan dekat kedai makan biasa, dah naik gaji / pangkat dah tak boleh pakai kedai macam tu. Nak makan dekat restoran je ataupun makan kat hotel je. Barulah ada kelas sikit kan.

Pakaian pun kena berjenama. Kalau tak jatuh standard nanti. Telefon pun kena yang mahal. Terus gaya hidup berubah.

Kereta terus nak tukar baru. Tapi masih duk menyewa rumah jugak. Nak beli rumah sebuah pun tak lepas pasal CCRIS barai. Dah abaikan bayar hutang PTPTN. Abaikan bayar hutang kahwin. Nak simpan 10% daripada pendapatan pun susah.

Cubalah semakin gaji meningkat, gaya hidup kekal yang lama. Tak perlu la nak menunjuk sangat. Kah!
Share jika kawan kau beli kereta tak padan dengan gaji. Supaya dia sedar dia dah terbuat kesilapan besar.😊
[ASY]
***