"Gila ke apa melabur dalam ASB setiap bulan RM300, selama 25-30 tahun semata-mata nak dapatkan RM50K?"
Saya senyum nipis je bila baca orang komen macam tu. Tak semua orang kita perlu ajar dan betulkan pegangan mereka. Mungkin belum rezeki mereka lagi untuk menambahkan ekonomi kewangan masing-masing.
Contohnya;
Pembiayaan ASB RM50K
Bayaran bulanan: RM285
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
Profit bank: 5.2%
Bayaran bulanan: RM285
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
Profit bank: 5.2%
Katakan kita mohon pembiayaan ASB tempoh 30 tahun. Mohonlah tempoh yang panjang jadi ansuran bulanan kita akan jadi murah.
Jika kita bayar setiap bulan RM285 selama 30 tahun dan lepas 30 tahun (360 bulan), kita bukan dapat RM50K sahaja. Tapi RM358K++ serta sijil habis bayar RM50K jadilah RM408K++. Itu jika dividen 7.25% sepanjang tempoh pembiayaan. Tak kira bonus lagi tu.
Itu jika dividen kita tak guna la. Kalau tiap tahun guna, dapat sikit la nanti.
Jika orang kata lepas 30 tahun dapat RM50K sahaja kita boleh la betulkan mereka nanti.
Jika kita mula kerja umur 25 tahun, tutup mata peruntukkan RM300 sebulan untuk tabung pencen bayar setiap bulan. Nanti umur 55 dah ada jumlah wang untuk kegunaan masa pencen nanti.
Kepada yang dah ada kesedaran melabur dalam ASB. Mari saya ajarkan sedikit ilmu. Dimana kita akan dapat RM50K dengan modal yang minima dan tak perlu tunggu 30 tahun pun. Moga manfaat.
Cara 1:
Larat lagi baca? Okay sekarang back to point. Tak perlu tunggu 30 tahun untuk dapat RM50K. Jadi macam mana nak buat;
1. Mohon pembiayaan ASB RM50K.
2. Bayar bulanan setiap bulan RM285 selama 9 tahun. Jangan ambil langsung dividen. Biarkan dividen compounding. Lepas 9 tahun (108) kau orang terminate pembiayaan ASB dan akan dapat;
Dividen compounding: RM43,800
Surrender value: RM7900
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM51,700
Selepas 9 tahun dah dapat RM51K++ dengan modal RM285 sahaja setiap bulan.
Modal: RM285 X 108 bulan = RM30,780.
Cara 2:
Nak lagi jimat? Teruskan membaca.
1. Mohon pembiayaan ASB RM50K.
2. Bayar guna duit sendiri selama 3 tahun. Selepas tiga tahun terminate. Dan kita akan dapat;
Dividen compounding: RM11,600
Surrender value / pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800.
Surrender value / pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800.
Dah dapat semua, gunakan modal RM13,800 untuk buat pembiayaan ASB RM200K. Tempoh pembiayaan 30 tahun dan kadar profit bank: 5.2%.
1. Katakan sebulan kau orang kena bayar RM1100. Bayar secara bulanan RM1100. Tak perlu bayar setahun terus. Baki boleh letak di ASB 2 untuk generate lagi dividen.
2. Okay, lepas setahun kita akan dapat dividen. Gunakan dividen itu untuk bayar balik ansuran pembiayaan ASB tu.
3. Gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran selama 10 tahun.
Dan kau orang terminate selepas 10 tahun (120 bulan) kita akan dapat:
Dividen terakhir: RM14,500
Surrender value: RM36,300
Surrender value: RM36,300
Jumlah kasar: RM50,800
Modal: RM285X36 bulan= RM10,260
Cuba ambil calculator, tengok modal kita perlukan untuk dapatkan RM50K. Cara 1, perlukan kos RM30,780 untuk 9 tahun.
Tapi cara 2 hanya perlukan modal: RM10,260. 3 kali ganda jimat kan? Tapi masa dia 3 tahun pembiayaan ASB RM50K dan 10 tahun pembiayaan ASB RM200K.
Mana satu kau orang akan pilih? Cepat dapat RM50K tapi modal agak tinggi ataupun lambat dapat, modal kurang.
Dalam sesuatu pelaburan, janganlah berlumba-lumba untuk cepat kaya.
Matlamat nak menuju kebebasan kewangan. Semua kita akan capai, cuma lambat dengan cepat je. Tapi yang tak ambil tindakan memang tak akan capai lah.
Kesimpulannya, cuba penuhkan volume RM200K secepatnya. Itu kalau tambah bonus lagi memang tinggi perkiraan dia.
Dah dapat duit tu, bolehlah bayar hutang, bayar PTPTN ke, kereta ke. Bayar habis pinjaman peribadi ke. Jangan tambah kereta pulak. Tukar kereta baru. Disiplin dan mentaliti kena hebat lah. Matlamat nak bebas hutang kan. Jadi kita dah faham? Nak dapatkan RM50K tak perlu tunggu 30 tahun.
Ingat, Empayar Rom tidak dibina dalam satu hari. Perlukan masa dan ilmu untuk terus melangkah jauh.
Dah dapat idea untuk merancang kewangan dan pelan menuju kebebasan kewangan? Ini sebagai panduan sahaja. Share jika manfaat.
[ASY]