Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Aku amat merindui kamu...Lala...Lala
Begitulah bait-bait lirik lagu kumpulan HUJAN macam situasi pagi ni yang makin lama makin cerah bahkan sama situasi dengan kefahaman saya dalam bab kewangan dari dulunya jahil dan malas nak ambil tahu sekarang dah ada perubahan (ke arah positif) .
So pagi ni dapat idea untuk menulis berkaitan hubungan GDP (Gross Domestic Product) Vs OPR (Overnight Policy Rate) Vs BR (Base Rate) pasal CIMB baru mengumumkan penurunan BR dari 4.1% kepada 3.9% (ehemm..ehemm..ehemm)
Wokeh terlebih dahulu saya nak tegaskan di sini, penulisan saya ini hanyalah “Teori Konspirasi” dari saya sendiri, ini bermakna apa yang saya tulis mungkin betul dan mungkin juga salah kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab ekonomi ni.Mohon rujuk kepada yang pakar dan tolong betulkan saya seandainya silap supaya kita sama-sama dapat belajar.
Makhluk GDP ni gunanya sangat besar terutamanya dalam menentukan pendapatan sesebuah negara dan juga darjat ekonomi negara tersebut.Untuk makluman kalian, taraf pertumbuhan GDP negara kita yang tercinta iaitu Malaysia taklah membanggakan kerana mencatatkan penurunan.Berikut adalah pertumbuhan GDP Malaysia dalam bentuk peratusan:-
Tahun 2014 – 6%
Tahun 2015 – 5%
Manakala dari segi suku tahunan juga mencatatkan penurunan
Suku 4 Tahun 2015 – 4.5%
Suku 1 Tahun 2016 – 4.2%
Nah ini formula yang boleh digunakan untuk mengira GDP atau dalam bahasa malaysianya KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)
GDP = C + G + I + ( X – M)
C: Consumer Spending
G: Government Spending
I : Investment Spending
X : Export
M : Import
Boleh dikatakan lebih dari 50% hasil pendapatan negara sekarang bergantung harap kepada Consumer Spending (Perbelanjaan Rakyat) manakala hutang negara pula sudah melepasi paras RM677B (dikatakan 7 keturunan pon belum tentu hutang ini dapat diselesaikan).
Pasal tue lah cukai GST diaplikasikan bagi mengimbang tara GDP dan hutang negara.Gara-gara tu jugalah kerajaan berbesar hati memberikan BR1M (ingat bagi saja ka?hoho) dan penurunan caruman
KWSP bagi pekerja dari 11% kepada 8% (ada pilihan sama ada kekal atau turun) bagi menggalakkan rakyat berbelanja pasal bila rakyat berbelanja rakyat akan dikenakan cukai GST.Hahahaha.Ini meningkatkan pendapatan negara kita yang tercinta Malaysia.
Disebabkan pertumbuhan peratusan GDP mengucup (rujuk angka di atas), maka penurunan OPR (Overnight Policy Rate) diumumkan baru-baru ini dari asalnya 3.25% turun kepada 3.00% bagi tujuan menggalakkan rakyat berbelanja bagi memakmurkan lagi ekonomi negara.
Bagaimana penurunan OPR dapat membantu?Macam ni apabila kos meminjam sesama institusi kewangan menurun (OPR) maka kos perbelanjaan bank-bank juga turut menurun.Maka terjadilah penurunan BR (Base Rate) atau Kadar Asas (K.A) disebabkan kos perbelanjaan bank menurun.
Untuk kekal bersaing dalam pasaran, bank-bank akan berlumba untuk menurunkan kadar BR masing-masing, antara bank yang dah mengumumkan penurunan BR dan BLR antaranya Maybank,Ambank dan yang terbaru CIMB Bank (eheemm..eheem..).Tak semestinya OPR turun bank-bank kena turunkan BR dan BLR ye adik-adik.
Penurunan BR akan menyebabkan kadar pinjaman atau deposit rakyat marhaen seperti saya turut menurun, ini bermaksud sekiranya kalian ada pinjaman dengan bank sama ada pinjaman rumah, ASB, peribadi dan lain-lain pinjaman, bayaran balik bulanan akan berkurang berbanding sebelum ni disebabkan penurunan BR.
Tapi tak semestinya kadar pinjaman rendah bermaksud kelulusan pinjaman juga mudah diluluskan tau pasal household debt penduduk Malaysia sekarang dah di paras yang tinggi.Berbalik kepada penurunan pinjaman tadi,harapan kerajaan, hasil penjimatan bayaran balik kita semua kepada bank-bank ni, dapatlah digunakan untuk kita berbelanja.
Tak kisahlah berbelanja beli baju ke beli kasut ke beli kereta,beli rumah yang penting kita berbelanja.Bila kita berbelanja,cukai GST dikenakan maka ekonomi domestik dapat diransangkan.Disebabkan itu jugalah ada ura-ura kerajaan a
kan mengenakan cukai kepada peniaga-peniaga online sebab sekarang ni ramai orang jual beli menggunakan online.Ampa nampak tak hubung kait dan rentetan yang abamm cuba sampaikan ni???
Ada spekulasi2 pulak yang kata bila OPR diumumkan turun ni menandakan zaman gawat bakal tiba ini bermaksud tahun 2017 bakal berlaku kegawatan. Robert Kiyosaki penulis buku terkenal Rich Dad,Poor Dad yang abamm cukup minat dan kumpul buku-buku beliau pon meramalkan yang tahun 2017 bakal berlaku kegawatan berdasarkan ‘Teori 10 Tahun’.
● Tahun 1987: Peristiwa Black Monday (Pasaran Saham satu dunia jatuh).Perghhh tahun ni aku lahir kot!
● Tahun 1997 – 1998: Asian Financial Crisis.Ramai gila yang bunuh diri beb time ni!
● Tahun 2007 – 2008: Subprime Crisis..yang paling terkesan dekat U.S sana.
Bezakan keperluan dan kehendak serta hutang jahat dan hutang baik sebelum berbelanja dan berhutang.Antara hutang baik yang kita boleh ambil manfaat adalah hutang untuk membeli rumah bagi tujuan pelaburan yang akan menghasilkan pendapatan melalui hasil sewaan dan kenaikkan harga bagi tempoh panjang.Manakala pembiayaan ASB bagi tujuan tempoh pendek dan sederhana kerana mudah dicairkan.Maka dengan ini selamat berbelanja dan berhutang.Apa-apa pun harus diingat CASH IS KING!