L.U.C.K
.
L --- Logistik.
TIPS 1 --- Tukar persekitaran anda. Tukar di mana anda berada sekarang.
Berada di sekeliling atau tempat di mana orang yang berjaya sudah mencapai apa yang anda inginkan.
.
TIPS 2 --- Perbaiki kualiti kawan yang kita ada sekarang.
Pernah dengar --- nak jadi wangi, kena kawan dengan orang yang jual minyak wangi.
Maka relevannya -- nak berjaya, kena banyakkan berkawan dengan mereka yang sudah berjaya dan terbukti berjaya.
.
U --- Understanding
TIPS 3 --- Faham potensi diri sendiri.
Jika nampak orang lain boleh berjaya dengan bisnes mereka, belum tentu kita boleh berjaya sama atau serupa dengan mereka.
Potensi manusia berbeza-beza.
.
C --- Commitment. Komitmen.
TIPS 4 --- Komited sentiasa. Kalau tengah down, berhenti sekejap. Sekadar melepaskan lelah.
Selepas itu, bangun dan berjalan, berlari semula.
Kata kunci --- orang berjaya, apabila mulakan sesuatu, mereka akan buat sehingga habis. Jika bukan mereka yang habiskan, pasti ada orang lain yang tolong habiskan.
.
TIPS 5 --- Konsisten 360°.
Buat sikit-sikit tapi berterusan.
.
TIPS 6 --- Kontrol fokus kita. Dugaan, cabaran, ujian along the way. Ini di luar bidang kuasa kita.
Apa yang kita boleh kontrol -- hanyalah fokus kita.
.
K --- Knowledge
TIPS 7 --- Upgrade ilmu yang kita ada.
Lagi kita banyak belajar, sebenarnya lagi banyak yang kita tidak tahu.
Nak dunia; perlukan ilmu.
Begitu juga nak akhirat; perlukan ilmu.
Di bawah ada butang SHARE. Boleh SHARE dengan gembira. Tidak perlu minta izin.
Kredit: Reni Bt Rahmat