Amanah Saham Bumiputera LOAN

Amanah Saham Bumiputera, LOAN, asb,

Tentang Pembiayaan ASB Apa Akan Jadi Jika Dividen Sama Dengan Base Rate Bank

Aku nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman melabur dalam Pembiayaan ASB 2 ni. ASB dan ASB 2 adalah berlainan. Jadi, pembiayaan ASB dan Pembiayaan ASB 2 adalah berlainan. Lain-lain tabung dana. Pembiayaan ASB 2 ditawarkan oleh bank Maybank, Cimb dan Affinbank setakat ini.

Ia memberi peluang kepada pelabur yang telah maksimum pembiayaan RM200K di ASB.
Aku buat dengan Maybank disebabkan ia bank pertama yang menawarkan pembiayaan ini.
Aku buat dua sijil. RM50K dengan RM100K. Sengaja buat pecahan untuk senang terminate jika mengganggu DSR pembiayaan perumahan nanti.

amanah saham bumiputera


Bulanan RM50K: RM285
Bulanan RM100K: RM568
Profit bank: 5.2%
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
Jumlah kena bayar: RM853

Pembiayaan ASB2 masuk bulan November 2015, tapi start bayar bulan Disember 2015. Peh. Rezeki 1 bulan. Apa gunanya 1 bulan ni. RM150K dalam akaun ASB 2. Tapi tak perlu bayar pun!!
Macam mana nak dapat 1 bulan free ni? Kena pembiayaan disburse selepas 15 haribulan.
Start bayar bulan 12. Dividen dapat setiap April.

Disember 2015: RM853
Januari 2016: RM853
Februari 2016: RM853
Mac 2016: RM853
Jumlah bayaran: RM853 X 4 bulan = RM3412

Dividen 2015 diumumkan 7.05%.
7.05%XRM150K dan dapat RM4318
RM4318-RM3412=RM906

Bayar 4 bulan, dapat lebihan RM906. Ok lah kan.

Mesti kau orang cakap gaji besar boleh la. Tapi modal aku tu aku simpan sikit-sikit juga. Kau orang buat bayar duit muka kereta rumah, tapi aku simpan. Kau orang pergi cuti Krabi tapi aku simpan dulu.

Aku bersusah-susah payah sekarang demi untuk kesenangan masa depan. Aku tangguhkan kehendak demi mencapai matlamat dan kebebasan kewangan di usia muda.

Lagi 5 tahun kau orang masih duk travel tiap bulan, duk beli kereta mewah, hisap vape jangan tanya kenapa orang lain sudah bebas hutang.

Nasihat aku, penuhkan pembiayaan ASB RM200K dulu sebelum buat pembiayaan ASB 2 ni. Sebab apa? Sebab rekod dividen ASB lagi gempak dan tabung dana ASB adalah lebih RM140 bilion berbanding tabung dana ASB 2 RM10 billion.

***
Ramai tanya apa jadi jika dividen rendah daripada profit bank. Tolong la share kalau kau orang dapat info ni. Penat aku terangkan. So, lepas ni aku malas nak jelaskan lagi.
Okay aku andaikan dividen 7.05% dan keuntungan bank (profit bank) 7.05% juga.
Jadi apa logik akal kau orang akan fikir 0%. Tak untung kan? Okay jom kira.

Contoh:
Pembiayaan ASB RM100K
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
RM668 setiap bulan
Dividen ASB 7.05% dan 7.05% profit bank.

Lepas 5 tahun kau orang nak terminate sebab nak buat deposit beli rumah..Ataupun belanja kahwin.
Modal RM668×60 bulan = RM40,080
Dividen Compound 7.05% = RM40,583
Surrender Value = RM5819
Jumlah kasar = RM46,400
RM46,400-RM40,080=RM6320

Aik ada duit lebihan? Sepatutnya rugi? Tipu ke ni?
Kalau tiap-tiap tahun kau orang guna dividen pun masih untung. Ada nilai prinsipal sedang tidur dalam bank kau orang duk bayar tu.
Ansuran bulanan = Prinsipal + Profit Bank.

Jadi yang kau orang duk bayar bulanan bukan bank ambil semua. Ada pulangan prinsipal kau orang dapat nanti bila dah terminate pembiayaan tu.

Hal ini disebabkan;
1. Dividen compounding semakin bertambah.
2. Profit bank guna term: Reducing balance. Jadi, setiap bulan profit bank makin berkurang dan prinsipal makin bertambah.

Gunakan status bumiputera kita sebaik-sebaiknya. Anggaplah ia sebagai force saving dan simpanan masa depan kita. Kalau gaji naik tiap tahun, tapi nak menyimpan pun tak reti rugi nanti. Masa depan tak ada dana yang mencukupi. Kah!

[ASY]