- Kebanyakkan client yang nak apply Amanah sahan bumiputera Financing, HL, PL terkesan dengan hutang lapuk tertunggak melebihi 12 bulan. Kesannya, loan application mereka tergantung dan terawang-awangan dek mimpi indah yang memudar.
- Semenjak isu tunggakan PTPTN menjadi Hit, dalam bulan Februari tahun 2016 ini, selepas diumumkan secara mengejut oleh agensi berkenaan, maka industri perbankan telah menjadi lebih ketat dalam meluluskan loan application (permohonan pembiayaan.
- Misalannya, para Graduan yang baru mendapat kerja dalam jurang masa 2 tahun dan sebelum ini, menghadapi masalah serius dalam meng-apply loan yang 'baik' untuk masa depan mereka seperti; Amanah saham bumiputera Financing dan housing loan (HL).
- Umum tahu bahawasanya, Amanah saham bumiputera Financing merupakan suatu tools 'menyimpan' cara bijak yang sangat penting dalam mewujudkan basic saving foundation mainly purposed for building up some sort of cash deposit and mere 'holding power' later on, when they want to step ahead into the property area.
- As for the more affordable class, seperti mereka yang sudah punyai tahun bekerja yang mantap (5 Tahun keatas tempoh bekerja), hal seperti ini amat memberi kesan kerana perancangan mereka bakal tergendala sehinggalah hutang lapuk ini disegerakan penyelesaiannya.
- Bukan setakat tunggakan PTPTN. Malah jika dahulunya pernah menerima biasiswa dari mara dan jpa, dan dikehendaki membayar semula pun akan terkesan. (Jika punyai tunggakan)
Sedikit Tips Penyelesaian: *Untuk Fresh Grad yang Baru Bekerja*
- Bagi yang baru bekerja tempoh 2 Tahun kebawah, kalian boleh try pergi sendiri ke Pejabat PTPTN/Mara/Jpa dan check semula jika ada sebarang tunggakan lapuk yang masih belum dijelaskan.
- Gunakan budi bicara yang baik dan intonasi yang ikhlas, approach officer agensi berkenaan dan buatlah perbincangan bagaimana boleh untuk setelkan tunggakan, sehingga baki tertunggak berada dibawah paras 12 bulan.
- Terangkan sedikit plan kewangan anda, hajat anda mengapa perlu berbuat demikian kepada officer. Agar mereka faham dan dapat menolong anda dalam mempermudah urusan.
- Check dan update EPF statement, lihat baki akaun 2. Gunakan sepenuhnya jika dibenarkan. Selebihnya topup gunakan cash sendiri. Ingat, matlamat adalah untuk memastikan tunggakan akhirnya berada dibawah paras 12 bulan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran proses permohonan pembiayaan (loan application) dengan pihak bank pada masa akan dtg.
- Jika semuanya bisa diatur, maka ucapkan Alhamdulillah, kerana anda baru sahaja terlepas dari disenarai hitamkan oleh beberapa pihak yang lain seperti Pihak imigresen (urusan nak travel luar negara) dan beberapa lagi yang lain.
- Tiba disini, minta "Surat Pengesahan Tanpa Prejudis" dari officer berkenaan bagi PTPTN. Jika bagi badan seperti MARA dan JPA minta mereka terbitkan satu surat sebagai 'hitam/putih' yang menunjukkan anda sudah berusaha membersihkan tunggakan sebaik boleh.
- Seterusnya, 'restructure' semula tunggakan yang berbaki (bawah 12 bulan itu tadi) mengikut kesesuaian dan kemampuan bayaran bulanan. Bayar restructure yang pertama disitu jua. Dapatkan resit pembayaran restructure tersebut. Jika sebelum ini tunggakan bulanan yang sepatutnya anda bayar dalam RM250.00, maka selepas restructure, bayaran bulanan anda jadi RM150.00 katakan.. Ya, dapatkan resit pembayaran RM150.00 itu. Itulah resit restructure.
- Simpan baik-baik Surat pengesahan & Resit Restructure itu tadi. Bila nak apply loan bersama pihak bank nanti, dua benda ini akan menjadi Supporting Documents yang sangat penting. Kerana ada perkaitan dengan CCrIS status anda.
**Untuk Season Worker/Employees**
- Saya percaya anda punyai wang simpanan Cash yang banyak. Selain itu, baki akaun 2 EPF anda juga agak besar. Mampu untuk clearkan tunggakan atleast sampai ke paras bawah 12 bulan.
- Terpulang kepada plan kewangan anda. Nak guna cash atau setel melalui EPF akaun 2.
- Nasihat saya, gunakan Baki akaun 2 di EPF. Boleh dikeluarkan untuk tujuan setel tunggakan PTPTN. Cash savings di ASB/TH/Akaun Bank baiknya usah diganggu sangat. Penting untuk emergency purpose anda. Kebanyakkan anda waktu ini punyai beberapa liabiliti dan keluarga yang perlu ditanggung. Usah risikokan diri
Usah buat loan jika tiada keperluan. Ia umpama anda tutup satu dengan jayanya, dan anda buka suatu lubang yang baru. Padahal lubang tu tak perlu dikorek pun. Huhu/
Sekian dahulu.
P/s: Sila share jika bermanfaat. Saya sharekan tips ni buat kali kedua. Supaya lebih ramai tak sangkut permohonan pembiayaan dalam apa jua yang kalian inginkan. Sementara rate bank tengah turun ni.. manfaatkan peluang yang ada..
-RK-